BAB 1
Terdegar suara azan memanggil-manggil penghuni bumi ini untuk bersujud kepada-Nya. Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada pagi itu namun ku gagahi juga untuk berjumpa dengan Penciptaku. Ku melihat kebanyakkan penghuni lain masih leka di buai mimpi-mimpi yang indah. Doaku semoga mereka bangun menjalankan tanggungjawab mereka dan menemuiNya sebelum memulakan rutin harian.
“Ah, sejuknya air ini! Seperti main salji pulak rasanya”, sambil tersenyum kecil.
Selesai mengambil wuduk, aku terus mengejutkan mak dan ayahku. Kami sentiasa mementingkan solat berjemaah bersama-sama. Kata ayah, salah satu pengikat ukhuwah di antara ahli keluarga ialah solat berjemaah dan juga makan bersama. Ayah mahu kami sekeluarga sentiasa mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Selesai solat, kami bertadarus. Jam berdetik dengan pantas tanpa kami sedari mentari sudah mula meyebarkan cahayanya ke seluruh pelusuk alam. Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian yang indah ini.
“ Wah, mak menariknya sarapan pagi ni. My favourite nasi goreng kampung. Yummy!!!”, kataku dengan senyum yang melebar.
“ Anak mak ni bukannya selalu dapat balik, jadi kena la layan macam putera raja. Maklumla, manja.” mak aku menyakatku.
Ayah pula menambah, “ mana tak nya. Kalau balik je tak habis-habis tanya mak bila nak buat nasi goreng. Ayah punya favourite pun mak dah tak layan.”
“ Eleh, ayahnya merajuk pulak, dengan anak pun nak berkira.”jawab mak sambil menepuk-nepuk tangan ayah.
Aku hanya memerhati gelagat mak dan ayahku.Sungguh bahagia mereka bersama. Tiada pergaduhan hanya senyuman yang manis menawan terukir di bibir masing-masing. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku keluarga yang bahagia ini.
Tepat jam 8 pagi, ayah dan mak keluar untuk mencari rezeki. Ayah aku seorang penjual makanan manakala mak aku pula seorang penoreh getah. Walaupun kami hidup dalam keadaan yang sederhana, namun ayah dan mak sentiasa memenuhi permintaan anak-anak. Kata ayah pada satu hari.
“ Hanya dengan memenuhi permintaan anak-anak je yang ayah boleh buat. Kalau nak tolong ajar matematik,sains ke ayah dan mak tak pandai. Anak-anaklah aset yang paling berharga buat ayah dan mak. Belajar rajin-rajin ya anakku.” Sayu mendengar luahan ayah pada waktu itu. Andai masa boleh putar kembali, tidak akan sekali pun aku melukai hati mereka.
Ketika aku keseorangan di rumah, teringat kembali masa silamku bersama arwah kakakku, ‘Abqoriatu Syuhada. Secara tidak sengaja air mataku berlinang dan aku sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Waktu itu, aku tidak mengenal erti Islam. Aku beragama Islam hanya di atas kad pengenalanku. Tapi bukan di setiap langkah ku.
BAB 2
Ingatanku mengimbau kembali masa lampau. Perangai aku mula berubah ketika aku berada di hospital akibat lemah jantung. Waktu kejadian itu berlaku, aku terjatuh di dalam bilik air. Lalu, ayah, mak dan kakak mengangkat aku kerana aku tidak dapat bergerak a.k.a pengsan. Seingat aku, secara tiba-tiba aku berasa pedih yang teramat pada bahagian dada. Waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa sakitnya aku. Selepas itu, aku merasakan tubuh aku seperti di awangan lalu terjatuh. Aku mula sedar ketika berada di dalam kereta dan kakaklah yang menghulurkan tangan dan menasihatiku agar bersabar. Walaupun tangan kakak sakit akibat aku menggenggamnya namun ditahan juga. Betapa besarnya pengorbanan seorang kakak. Mak dan ayah hanya melihatku dengan pandangan yang sayu.
Sewaktu di hospital untuk pemeriksaan, kakaklah yang berada di sampingku kerana mak tidak kuat untuk melihat keadaanku. Manakala ayah cuba menenteramkan mak. Kakak mengurut dadaku dan bertanya di mana yang aku sakit. Sekali lagi aku pengsan kerana tidak dapat bernafas dengan baik.
Sewaktu aku pengsan, kakak keluar selepas disuruh oleh doktor yang merawatku. Kakak menceritakan kembali betapa resahnya dia sewaktu aku pengsan buat kali kedua. Selepas kakak keluar, kakak hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, berkat doa kakak, keadaan ku stabil.
Aku hanya sedar selepas 3 jam pengsan dan kini aku terlantar di dalam bilik serba putih iaitu wad. Aku pandang sekeliling dan mendapati hanya kakakku berada di sisi sambil tangannya memegang dan membaca al-Quran.
" Kakak, mana mak dan ayah?", kataku.
" Mak dan ayah dah balik, kesian adik-adik kat rumah."balas kakakku sambil senyuman terukir di bibir.
" Adik, nak minum?"
Aku lantas menggelengkan kepala dan cuba untuk tidur semula kerana kepalaku pening. Akhirnya, aku tertidur selepas mendengar bacaan al-Quran kakakku.
Tetapi, aku manusia yang cepat sangat lupa atas pengorbanan orang yang menyayangi aku. Aku mula menjadi seorang yang senang marah, salah sikit sahaja pasti aku melenting. Kakaklah yang banyak menguruskan pakaian, makan dan minum aku sewaktu aku berada di rumah kerana mak dan ayah perlu mencari rezeki buat kami sekeluarga. Hari kedua aku sakit, kakak menegurku.
“ Adik, kakak tengok adik tak solat pun waktu adik sakit.”
“ Orang sakit mana boleh solat. Dah lah tiub banyak dekat badan, nak ambil wuduk macam mana?,”kataku dengan nada marah.
“ Adik kan boleh bertayamum.Ni akak dah sediakan debu. Jom solat,”kakakku masih dengan senyumannya.
“Ah, orang cakap susah,susah lah. Dah la nak berdiri pun tak boleh!”
“ Adik, Islam tu kan mudah dan menyenangkan. Kalau adik tak boleh berdiri, adik boleh solat duduk, berbaring, guna isyarat mata semua. Jadi adikkan boleh duduk, adik solat duduk je la.”pujuk kakakku lagi.
Dengan perasaan marah, aku telah menepis dulang debu tadi.
“ Ish, pergi la. Menyibuk je keja dia. Biarla kat orang nak solat ke tak. Kubur masing-masing!”
Kakak aku berlalu pergi. Sempat aku melihat air mata kakakku jatuh. Namun hati aku keras, aku tidak pedulikan kakakku. Setiap hari kakak aku memujuk, namun hanya kata-kata kesat juga aku lemparkan. Kakakku masih bersabar dengan kerenahku.
Pada suatu malam, aku mendengar kakakku menangis sambil berdoa.
“ Ya Allah, sungguh berat dugaan yang Kau berikan. Peliharalah keluarga aku daripada godaan syaitan. Kuatkan iman kami ya Allah. Kau bukakanlah mata hati adikku untuk mengenali-Mu. Ampunilah dosa-dosanya yang telah lalu. Kau berilah dia merasai nikmat manisnya iman-Mu. Tunjukkan lah dia jalan yang lurus kerana dia masih tidak mengerti. Kau kuatkan lah aku untuk sentiasa mendampinginya. Kau sabarkanlah hatiku untuk melayani kerenahnya. tiada tempat untuk aku mengadu selain kepada-Mu, ya Allah.Amin. ”
Air mataku jatuh. Kakakku, walaupun aku sentiasa buat salah, namun dia sentiasa memaafkan aku. “Maaf kakak,” kataku dalam hati.
BAB 3
Selang sebulan persekolahan pun bermula,aku tidak mahu meneruskan pembelajaran aku kerana aku malu dengan keadaan aku.
“ Adik, tak boleh macam ni. Nanti adik tertinggal banyak pelajaran. Lagipun kesian dekat mak dan ayah. Penat cari duit untuk kita sekolah. Tak kan adik nak sia-siakan harapan mak dan ayah.”pujuk kakak ku.
“ Tak ape, ayah sanggup hantar sampai depan kelas.”tambah ayahku.
Akhirnya, aku akur tapi dengan satu syarat. Aku tidak mahu tinggal di asrama. Ayah dan mak akur dengan keputusan aku. Waktu di sekolah, tidak ku sangka kawan-kawan aku sanggup menemani, membeli makanan dan sebagainya untuk aku. Detik berlalu dengan pantas.Alhamdulillah, akhirnya aku sihat sepenuhnya.
Pada suatu petang, kakak menegurku.
“ Adik, duduk asrama ya. Kat sana ada ramai kawan. Lagipun adik boleh study sama-sama. Boleh belajar pasal agama, pasal solat,”pujuk kakakku.
“ Ish, ikut suka aku la nak duduk ke tak. Ko ni menyibuk jew!”kataku.
“ Bukan ape, kakak tak suka tengok adik kakak balik lewat malam lepas lepak, bergaul dengan kawan-kawan tak sekolah. Kakak tak nak adik ikut perangai dorang. Lagipun kakak tengok adik dah tak solat lagi. Sedih hati kakak. Adik pun dah mula lawan cakap mak dan ayah. Bila ayah minta tolong, selalu adik tak nak.”
“ Weyh, jangan menyibuk hal aku boleh tak? Blah la. Kubur masing-masing la.”
“ Adik, tak baik cakap macam tu. Kakak cuma tak mahu adik tersasar dengan jauh lagi. Allah sentiasa memberi peluang untuk hamba-Nya bertaubat. Jom la kita kenal Allah ya dik.”
Aku terus lari keluar dari rumah sambil menyumpah-nyumpah kakakku. Waktu itu, nafsu sangat menguasaiku. Aku tidak menoleh sedikit pun melihat muka kakakku. Seminggu aku tidak bertegur sapa dengan kakakku, walaupun kakakku berulang kali memohon maaf daripadaku andai dia terkasar bahasa.
Pada suatu petang ketika aku sedang lepak, ayah memanggilku pulang dengan wajah yang sangat sedih. Aku pelik dan hatiku tertanya-tanya kenapa ayah aku berkelakuan begitu. Namun, ayah tak berkata apa-apa dan aku menurut sahaja. Alangkah terkejutnya aku melihat sekujur tubuh kaku di atas katil ialah kakakku. Aku menangis teresak-esak. Teringat kembali apa yang telah aku buat kepada kakakku. Aku tidak sempat memohon maaf kepada kakakku. Sekarang dia telah kembali kepada Maha Pencipta.
Kata ayah, kakak terjatuh di dalam bilik air sewaktu berwuduk untuk menunaikan solat asar. Ya Allah, aku berasa bersalah sangat. Jenazah kakak selamat dikebumikan pada waktu malam di sebelah kubur nenek. Malam tu aku masuk ke kamar kakak dan menjumpai diarinya. Terselit di dalam diari itu sepucuk surat untuk aku. Aku terus membacanya.
BAB 4
Warkah buat adik yang ku sayangi kerana Allah.
Teringat kembali kakak sewaktu adik kecil dulu. Kita selalu main bersama. Tidak pernah gaduh.kalau seorang buat salah pasti kita saling memohon maaf. Sweet sangat waktu tu.cukup time solat, kita selalu solat bersama-sama.
Tapi, adik yang kakak rindui dulu telah hilang. Puas kakak pujuk diri untuk bersabar dan melayan perangai adik. Kepada Allah sahaja tempat kakak mengadu betapa perit dan sedihnya waktu adik tak nak solat, berubah jadi insan yang baik ,lawan cakap mak dan ayah. Adik yang kakak kenal dulu dah berubah.
Tapi, kakak tak boleh berputus asa. Kakak tetap menasihati adik walaupun kadang kala hati kakak sakit sangat mendengar kata-kata adik. Kakak bukan seorang insan yang begitu baik namun kakak tak nak tengok adik kakak bergelumang dengan dosa. Nauzubillah, minta Allah jauhkan dosa-dosa kita.
Setiap malam kakak berdoa agar keluarga kita sentiasa diberkati-Nya. Semoga kita dikuatkan iman, diampunkan segala dosa yang telah lalu. Semoga adik dan keluarga kita dipimpin ke jalan yang lurus.kakak juga berharap hati adik sentiasa terbuka untuk menerima hidayah Allah.
Lagi satu adik, nanti kalau mak, ayah atau kakak yang meninggal, sapa yang nak doakan kami di sana kalau bukan adik. Cuba adik bayangkan kalau anak adik tidak berdoa untuk adik di alam kubur kelak? Begitu juga mak dan ayah perlukan doa adik.
Adik, kakak tak nak sesuatu yang tak baik pun belaku pada adik. Kalau sakit adik boleh dipindahkan, kakak nak tanggung penderitaan adik. Adik, wali kakak selepas ayah. Jadi kakak tak nak wali kakak jauh daripada Allah. Berkat sesuatu keluarga itu juga daripada wali itu sendiri.
Maafkan kakak adik. Andai kakak pernah melukai hatimu. Tidak pernah terlintas di fikiran kakak untuk menyinggung perasaanmu. Kakak buat semua ni hanya untukmu adikku. Andai kakak pergi,iringi kakak dengan doamu.Jaga mak dan ayah baik-baik. Maaf andai kakak tak menunaikan amanah sebagai seorang kakak yang baik. Kakak maafkan semua kesalahan mu. Kau adik yang baik.Berubahlah demi menggapai cinta Allah.
Last daripada kakak “ JUMPAMU DI SYURGA”. Salam sayang adikku.^_^
Selepas membaca warkah itu, air mataku bercucuran laju. Tidak ku sangka kakakku setabah dan sebaik itu. Telah lama aku tidak berwuduk. Malam itu, aku menunaikan solat taubat dua rakaat. Aku memohon maaf atas segala-galanya. Semoga Allah sentiasa bersamaku.
Tetiba lamunan ku terhenti selepas seseorang memberikan salam. Kawan lamaku rupanya. Dalam hatiku berbisik.
“ Kakak, aku merinduimu dalam doaku. Semoga kau bahagia di sana. Terima kasih atas warkahmu dan nasihatmu. Akan ku pahat sampai akhir nyawaku. JUMPAMU DI SYURGA”.